
Bab 18
Kelihatan Puan Noraini bersama Encik
Ahmidi menanti Ainul dan Ikram di tepi pintu setelah mendengar kereta Ikram
yang masuk ke perkarangan rumah.
“Itu yang Ainul nak sangatkan? Ibu
menangis bagai nak rak sebab risaukan Ainul. suka sangat! Lain kali buat
lagi!!” marah Ikram setelah sampai ke rumah.
Terjongket sedikit bahu Ainul akibat
terkejut dengan kata-kata Ikram yang perlahan tapi tegas. Ikram yang senyap
sahaja dari tadi akhirnya mengeluarkan kata-kata pedas. Ainul perasan air muka
Ikram yang menahan marah sejak dia masuk sahaja ke dalam kereta semasa di
Teratak An-Nur.
Pintu kereta dihempas. Sekali lagi bahu
Ainul Terjongket. Dia memandang Ikram yang masuk ke dalam rumah tanpa berpaling
ke arahnya. Perlahan-lahan Ainul keluar dari perut kereta dengan perasaan sebal.
Sabar sahajalah. Kalau masuk ‘Mahkamah’ pun sudah terang benderang dia kalah.
Puan Noraini datang menerpa anak
menantunya seorang ni. Tadi Ikram terus sahaja masuk selepas bersalaman dengan
dia dan suaminya. Hatinya dapat mengagak Ikram sedang menahan marah agar tidak
meletus dan menyembur Ainul.
“Ainul tak apa-apa?” Puan Noraini
memegang kedua pipi Ainul dengan lembut. Air mana Ainul gugur tanpa dipinta. Tubuh
Puan Noraini di peluk erat. Dia betul-betul rasa bersalah.
“Maafkan Ainul bu…Ainul bersalah…
maafkan Ainul.” kata Ainul teresak-esak.
Kepala Ainul dibelai lembut. “Sudahlah. janji
Ainul selamat. Pasal Am tu marahnya kejap saja tu. Ainul masuk bilik bersihkan
diri dan solat. Ainul dah makan?”
Ainul mengangguk perlahan.
“Macam-macam betul budak-budak ni.
Sekarang seorang dah naik angin seorang pula lemah semacam macam tiada oksigen.
Takut saja abang si Ikram tu marah Ainul tadi. Muka pun sudah merah padam.”
Omel Encik Ahmadi sambil menutup pintu rumah mereka.
“Biasalah tu bang. Darah muda. Angin pun
cepat naik. Lagipun sekurang-kurangnya kita tahu yang budah tu masih ada
perasaan risaunya tentang Ainul tu hah! tak payahlah dirisaukan sangat. Nanti
baiklah dia tu.”
Encik Ahmadi mengelengkan kepalanya.
Doanya agar rumah tangga Ikram baik dan seperti dia dan isterinya. Biarlah
sampai ke akhir hayat.
Ikram duduk di birai katil. Dia mengurut
dadanya yang berombak kencang. Banyak betul perkara yang memenatkan. Sudahlah
seharian sibuk di pejabat. Kemudian Ainul pula yang kononnya hilang. Yang
paling mengejutkan dia ialah Zarra Najwa.
Ikram pasti Itu Zarra walaupun
pernampilannya berbeza kini tapi muka itu masih lagi jelas di ingatannya sebab
Zarralah yang membuatkan dia serba salah. Selama ini Zarra terlalu gilakan dia
sampai sanggup buat apa saja. Namun sejak Ikram memalukan Zarra di khalayak
ramai gadis itu hilang tanpa sebarang kesan.
Ikram sedar keterlanjuran mulutnya
memaki Zarra sedemikian membuatkan Zarra malu untuk letak muka dengan orang
ramai. Pada waktu itu dia pun tengah marahkan mengenangkan kata-kata Firus
secara terang benderang di hadapannya dan Zarra yang lelaki itu sudah pernah
menyentuh Zarra membuatkan darah Ikram naik.
Memang Ikram sakit hati pada ketika itu.
Dia hendak memulakan hubungan serius dengan Zarra terpaksa membatalkan niatnya.
Malah Zarra juga mengaku dengan keterangan Firus cuma menidakkan keinginannya
saja. Siapa yang tidak inginkan anak Dato’. Mustahil Zarra menolak keinginan
Firus yang jauh lebih kaya dari dia.
Seorang ke kanan, seorang ke kiri. Kalau
Ainul masuk ke ruang tamu. Ikram pula berdiri masuk ke dapur. Kalau Ainul
hendak makan bersama, Ikram terus angkat pinggan makan di ruang tamu. Saja nak
merajuk dengan bini!
“Biarlah Ikram tu Ainul. Marah tak
sudah. Macam budak-budak. Ibu pula yang sakit hati tengok. Duduklah.” Ujar Puan
Noraini.
“Tapi bu…” Mata Ainul menyorot pada
Ikram yang masuk ke ruang tamu dengan pinggannya serta segelas besar air. Sudah
hampir seminggu perkara ini berlaku. Alamatnya jadi orang bisulah mereka di
rumah tu.
"Beginilah…Orang kata kalau nak
buat suami kita tambah sayangkan kita...kenalah 'ikat' perut dia?" cadang
Puan Noraini.
"Maksud ibu?" soal Ainul. Dia
tidak dapat menangkap maksud kata-kata mertuanya.
"Ikram tu hah! marahnya bukannya
lama sangat tu. Sabar sajalah. Tapi dalam sabar kita kena juga buat
sesuatu." ujar wanita itu lagi dengan tenang.
"Maksud ibu kena 'ikat' perut Abang
Am dengan cara?" sekali lagi dia menyoal mertuanya. Langsung tidak dapat
tangkap maksud kata-kata itu.
Puan Noraini menepuk dahinya. Lurus
bendul juga budak Ainul ni.
"Maksud ibu Ainul belajar masak
masakan kegemaran Am." Terangnya.
"Masak makanan kegemaran abang
Am?" Ajuk Ainul sekali lagi.
Ainul memandang ibu mertuanya yang
mengangguk. Masalah Ikram cerewet dalam makanan. Itu terlebih masinlah. Terlalu
manislah. Sedangkan Mak Bibah dan ibunya masak pun dia boleh komen
terang-terang. Padahal dua wanita tu yang pakar sangat pasal makanannya.
“Tapi Ainul nak masak apa?”
“Nanti Ibu ajar. Tapi sekarang ni.
Buat-buat tak tahu saja perangai Ikram sekarang ni. Kamu tak payah buat
apa-apa. Sampai masanya surutlah marahnya tu.” Puan Noraini faham sangat dengan
perangai Ikram. Sekarang budak tu bukannya marah lagi tapi tengah buang tabiat.
Tahulah sangat yang Ikram mahu minta pujuk.
Ikram menoleh belakang. Ainul langsung
tidak datang pujuk.
“Apalah! bukannya nak datang pujuk aku.
Sibuk pula bercerita dengan ibu.” Lehernya dipanjangkan untuk melihat Ainul dan
ibunya yang sedang membaca. Makin lama makin rancak pula bercerita. Kacau daun
pula ibu ni. Tadi seingatnya air muka Ainul macam nak datang pujuk atau minta
maaf tapi tidak pula muncul-muncul.
“Hah! buat apa tu Am.” Sergah Encik
Ahmadi.
Ikram segera memaling sambil memandang
ayahnya yang duduk di kerusi bertentangan.
“Bila masa pula ayah duduk situ? Aduh!
Kantoi pula.” Getusnya dalam hati.
“Takda ayah. Am terhidu something di sofa ni. Macam ada bau yang
pelik. Tu yang nak tengok ni. Nak minta tolong Mak Bibah spray Febreze.” Katanya sambil cuba menghidu belakang sofa
tersebut.
“A’ah! Dari tadi lagi abah terhidu
sebenarnya.”
“Eh! Ya ka?” Ikram memandang ayahnya. Betul-betul berbau ke sofa ni. Tiada pun
apa-apa bau. Aku acah je tadi tu. nanti tidak pasal-pasal hidung aku gatal.
Sambungnya dalam hati.
“Adalah ayah terhidu bau orang nak minta
dipujuk.” Ikram terkedu memdengar perlian ayahnya. Aiyoyo… ayah perasanlah
pulak.
“Pelik betul hidung ayah ni. Nak
makanlah. Lapar.” Ikram mengambil pinggan yang di letak di atas sofa tadi lalu
berpura-pura makan persis orang kebulur seratus tahun tak makan.
“Ikram… Ikram… bilalah kamu ni nak
matang-matang. Cubalah berfikiran ikut umur kamu tu.” Encik Ahmadi mengeluh.
Inilah masalah anak tunggalnya yang terlalu dimanjakan. Sudah besar pun
perangai macam budak-budak.
Dia meninggalkan Ikram keseorangan di
ruang tamu. Biarlah Ikram fikir sendiri sampai bila dia nak berperangai seperti
budak kecil. Benar kata orang, pengalaman mematangkan usia. Pengalaman Ainul
tinggal di perantauan membuatkan Ainul lebih matang dalam sesuatu situasi
berbanding Ikram yang lebih tua dari Ainul.
“Arghh…!” Ikram mengeliat geli apabila
telefonnya yang setkan getaran bergetar apabila ada panggilan masuk.
“Hoi! Terkejut aku… apahal?” jerkah
Ikram melihat nama Iqbal di skrin telefon.
“Hei budak pekak aku tau. Penting ni!
Kau kenapa tak datang kerja lagi?” soal Iqbal.
“Malas. Biasalah. Macam kau tak kenal
aku.”
“Ainul macam mana? Dah jumpa? Aku dengar
dia hilang.” Ikram memandang telefon bimbitnya. Lambat betul berita terkini
sampai ke telinga Iqbal ni. Dah seminggu yang lalu Iqbal oi. Buat lawak ke apa
mamat ni?
“A’ah. Minggu lepas.” Jawabnya ringkas.
“Minggu lepas. Yang kau releks nak
mampus ni apasal? Eh! Bini kau hilang tu. kenapa tak buat laporan polis. Kau
budak tu kena apa-apa kau nak jawab apa?” marah Iqbal.
“Aku jawablah dia hilang. MIA. Missing in Action.” Ikram sudah tahan
gelak.
“Astaghfirullah Am. Kau bawa mengucap
sekarang. Kau sedar tak yang hilang tu siapa? Bini kau! Adik kau tahu tak? Takda…
takda… Sekarang juga aku datang rumah kau. Kita buat laporan polis.”
Ketawa Ikram sudah tersembur. Tidak
tahan betul dengan gabra Iqbal ni. Macamlah dia sendiri tidak tahu buat semua
benda tu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia terus buat laporan kehilangan ketika
itu.
“Kau ni dah gila ke Hafiz Ikram? Ketawa
tiba-tiba. Macam putus wayar otak saja aku rasa.”
“Relekslah Iqbal. Aku maksudnya Ainul
hilang minggu lepas bukannya sejak minggu lepas pun. Maksudnya dia ada sekarang
ni.” Terang Ikram setelah ketawanya reda.
“Betul ni?”
“Iyalah betullah. Kalau kau tak percaya
kau datang sendiri sini. Tengok dengan biji mata kau sendiri. Malam tu juga aku
datang ambil dia.”
“Siapa yang tolong dia. Apa-apa pun
Alhamdulillah selamat budak tu. Terkejut aku tadi bila Rina kata Ainul hilang
minggu lepas. Apa punya kawanlah kau ni. Bukannya nak bagitahu aku.”
“Apasal kau tak tanya Rina saja. Kau pun
satu.”
“Itulah pasal. Rina ingatkan aku dah tau
pasal tu sebab tu dia diam je. Lagipun kau tahulah Rina tu kalau bagi simpan rahsia
gerenti tidak terbongkar-bongkar punya.” rungut Iqbal.
“Tapi perkara tu dah okay dah. Mengamuk
betul aku. kau tahu tak dia keluar sendirian. Lepas tu tak balik-balik.
Sudahlah time tu aku penat gila. Risau betul aku. hah! cakap pasal jumpa dia.
Kau tahu tak siapa yang tolong dia?” soal Ikram.
“Manalah aku tahu. Ya Allah bebelnya
kawan aku ni…. Kau tak cakap mana aku tahu.”
“Zarra…” bisik Ikram perlahan.
“Apa!! Zarra Najwa budak psycho tu?”
jerit Iqbal terkejut.
“Aku pun tak pasti jugak. Sebab time tu
tak terang sangat. Tapi aku rasa dia. Cuma penampilan dia saja pelik. Dah
bertudung.”
“Jadi dia macam mana? Dia nampak kau
tak? ”
“Nampak kot. Aku tengok dia pun macam
terkejut juga. Aku takut saja dia ada bodek-bodek si Ainul tu. Budak tu lurus.
Jumpa pula dengan perempuan tu.” gusar Ikram semalaman hanya memikirkan perkara
itu sahaja.
“Harap tiada apa-apalah. Lama betul
budak Zarra tu aku tak nampak Am. Kau punya peminat psyko. Seram aku ingatkan
dia tu. Ainul tiada cerita apa-apa?” soal Iqbal lagi.
“Tiada. Aku sekarang tengah mogok dengan
dia sebab keluar tak tunggu aku. Aku marah sebab dia buat kami risau.”
“Mogok marah ke atau mogok minta
perhatian… apalah kau ni Am. Cakap sajalah kalau nak bermanja dengan si Ainul
tu…hehe…” Iqbal mengejek.
“Mana ada! Sembarang saja. Sudahlah. Aku
nak makan ni. Assalamulaikum w.b.t…” Ikram mematikan panggilan Iqbal. Makin
dilayan makin menjadi-jadi si Iqbal ni.
Segala keperluan yang perlu di masak
diperhatiankan. Ainul, Mak Bibah dan Paun Noraini sudah siap memakai Apron.
Ketiga-tiga wanita itu sudah bersedia untuk memulakan misi mengajar Ainul masak
masakan kegemaran Ikram.
Awal pagi lagi Puan Noraini sudah
membebel suruh Ikram turun kerja. Tidak mahu Ikram tahu yang dia hendak
mengajar Ainul masak. Nasib baik juga suaminya turut memainkan peranan
konon-kononnya suaminya hendak buat mesyuarat hari ni.
“Ibu kita nak buat apa ni?” soal Ainul.
“Kita?
Correction my dear… Ibu dan Mak Bibah hanya bantu dan ajar. Yang buatnya
kamu seorang saja...”
“Tapi Ainul masak yang senang-senang
saja bolehlah. Yang berempah-rempah ni tak pandai.” Dolak Ainul.
“Tidak mengapa. Tak tahu boleh ajar.
Hari ni kami sudah rancang nak ajar Ainul masak makanan kegemaran Ikram saja.
Biar budak tu terliur-liur makan. Kita tengok ego dia jatuh ka atau tidak nak tolak
semua makanan kegemarannya.” Sambung Mak Bibah pula.
“Betul tu kak Bibah. Sakit hati saya
dengan budak tu. Merajuk tak habis-habis.”
Sokong Puan Noraini.
“Err… Apa menu kita ibu?” Ainul cuba
tukar topik. Gerun pula dengan kedua wanita ni. Dua-dua sudah kegeraman dengan
perangai abangnya.
“Kita akan buat masakan kampung saja.
Ikram tu nampak saja macam budak bandar tapi suka makan makanan kampung so hari
ni kita buat semua masakan kampung kesukaan Am.”
“Hari ni kita masak asam pedas, kari
ayam, sambal ikan tongkol, ulam, pucuk manis masak lemak, ikan patin panggang,
rendang dan yang paling penting masak nasi kuning.” Mak Bibah menerangkan satu
persatu masakan kampung yang menjadi kegilaan Ikram. Lagipun bukannya selalu
mereka masak begini banyak kecuali ada kenduri atau hari raya sahaja.
“Banyaknya mak. Nanti kalau tak habis
membazir pula.”
“Tiada istilah tidak habisnya Ainul.
Kalau Am dah kenyang mana pun nampak semua makan ni mesti hadap sampai habis
punya. Ini nasib baik baru nak mula musim durian. Kalau tidak terpaksalah tadah
hidung hari-hari dengan bau tempoyak.” Mak Bibah cuba menyakinkan Ainul.
“Sudah…sudah… jom kita mula buat
sekarang…. Kita mula buat kari dan asam pedas. Nasi kuning tu dan sambal ikan
tongkol tu biar lambat-lambat sikit. Jadi waktu kita nak makan nasi tu masih
panas lagi.”
“Nasi kuning? Nasi tu warna kuning ke
ibu?” tanya Ainul.
“A’ah. Macam Ainul macam nasi lemak tu.
Cuma bezanya nasi kuning ni ada kunyit yang buat dia warna kuning. Wanginya
pula dari daun pandan. Tapi tetap berlemak sebab kita letak santan sekali.”
Ainul mengangguk.
“First time Ainul dengar nasi kuning ni
bu. Selalunya nasi lemak je.” Terang Ainul.
“Nasi kuning ni ada dengan sini saja.
Orang suka makan dengan sambal ikan tongkol, timun dan telur rebus. Tapi kalau
tiada makan dengan lauk apa pun boleh
juga.”
“Jom kita mulakan. Ainul tolong ibu
potong ayam tu. kita nak masak kari ayam dulu.” Arah Mak bibah.
Bertungkus lumus Ainul menyediakan semua
makanan kegemaran Ikram dengan pertolongan Puan Noraini dan Mak Bibah. Sekali
sakala dia ditegur kerana salah bahan atau terlupa buat itu ini.
Paling Ainul tidak tahan ialah
membersihkan ikan patin dan terpaksa menahan panas untuk panggang ikan tersebut
mengunakan arang batu. Demi menanti masaknya sempurna api tidak boleh kuat
sangat. Kalau boleh biarlah hanya bara sahaja. Terpaksa juga menanti agar dia
masak dengan sempurna. Takut tidak masak isi ikan tersebut.
Lauk yang tersedia tersusun di atas meja
dipandang. Satu senyuman meleret di bibir Ainul. Puas hati kerana dia berjaya
menyediakan semua lauk tersebut. Tinggal tunggu tuan punya badan rasa sahaja
lagi.
“Ibu… Ainul naik mandi dan solat dulu
yaa…”
“A’ah. Naiklah dulu. Ibu pun nak solat
dulu ni. Lepas sembayang tu kamu terus turun yaa… Ikram telefon tadi kata dah on the way balik sudah. Ayah kamu pun sudah
balik tadi. Tinggal tunggu Ikram saja.” Ujar Puan Noraini sambil masuk ke ruang
tamu.
#selamat membaca...>,<!
12 tukang komen:
x sabar nak tunggu riaksi Ikram dengan masakkan Ainul...
cpt2 smbung...nk apa y terjadi..hehhe
pnjg2 skit yer..heheh
cpt la ikram balik...hehehe...rasa masakan ainul tuh...bess citer nie..huhuhu
faz.........tak puas baca :/ tapi BEST!!! dlm marah2 pun minta di pujuk ikram ni. hehe
<----x reti masak ikan . sobsob...
@NurAtiZa wahh...saya pun belum tulis reaksi am macam mana...tak pasti nak terima ke tak..hihi..
@m anak manja memang macam tu..buang tabiat..haha..
@RinsyaRyc faz tak reti masak...magie, air nasi putih pandai ar..haha..
@Anonymous hehe...terima kasih... =)
@0nion_ring insyaallah saya panjangkan sikit entri seterusnya yaa...=)
cepatlah Ikram balik... nak tengok macam mana reaksi dia... dengar nama lauk-lauk tu buat saya terliur... hahahaha... ^^
wah....fifah...saya yang buat pun menahan liur . . . hihi....
Post a Comment