“Kau buat
apa tercongok depan TV tu Mia?” soalku. Pelik pula dengan mak cik seorang ni.
Selalunya waktu-waktu begini dia sudah hadap lap top. Tidak lain tidak bukan
dengan kawan-kawan FB dia tu.
“Ssshh… tak lama lagi pengumuman ni?”
“Pengumuman pasal apa? Tak kan pengumuman pasal
puasa kot. Raya pun lama lagi.” Soalku pelik. Tanganku mencecah biskut Jacob ke
dalam Nescafe panas.
Nescafe 3 in 1 saja. Cepat dan sedap untuk orang
yang nak berjaga malam. Buat kerja dengan lambakan dokumen ni boleh jadi macam kena
pukau. Katil memanggil Trisya…oh!
Trisya….tidur la…marilah merasa katil yang empuk dan lembut.
Fuh! Kesat keringat aku teringatkan godaan katil
untuk tidur.
“Pengumuman pasal…” belum habis Cik Mia Fasha ni
bercakap tiba-tiba dia diam… aku yang kusyuk hadap kerja pun sudah mula
tertarik dengan siaran TV.
“Dan… pengumuman bagi cabutan bertuah untuk pakej
percutian bersama Rizqi ialah…” umum si hos yang kecil molek.
“Ceh! Aku ingatkan apa! Bukannya kita dapat apa-apa
pun kalau tengok ni.” Komenku.
“Ssshhh! Diamlah!” tegur Mia. Emo pulak mak cik
seorang ni. Dia memandang semula televisyen. Si artis yang semakin popular
dengan bajet handsome si Rizqi ni sedang
memasukkan tangannya ke dalam sebuah kotak untuk mencabut nama yang bertuah
untuk pergi bercuti dengan artis tersebut.
“Pememang bertuah tersebut ialah… Balqis Trisya
binti Ahmad Taufiq.” ujar artis tersebut.
Apasal pulak nama pemenang tu sama dengan nama aku
siap sama nama bapak lagi! Ceh! Aku ingatkan nama aku sudah cukup unik.
“Yeah…!!” jerit Mia.
“Kau apasal pulak? Orang lain yang dapat kau pula
yang over excited.”
“Wahai cik Trisya pemenang tu kau la..! wah tak
sabar aku..”
Aku terkejut beruk. Macam mana pula aku boleh menang
sedangkan aku tidak pernah ikut apa-apa pertandingan macam ni. Buang masa aku
saja.
Belum sempat aku menyoal lebih. Telefonku berdering.
Melalak lagu Love You Like A Love Song minta telefonku dijawab. Berlari aku masuk ke dalam bilikku untuk
menjawab telefon.
“Assalamualaikum.” Beri salam bila nak jawab
telefon!!! Hehe…
“Waalaikumsalam cik Balqis Trisya. Ini saya Rizqi.
Taniah kerana telah memenangi cabutan bertuah kami.”
Aku terkaku… apa dia cakap? Boleh rewind balik tak?
“Mia….!!!” Jeritku dari dalam bilik. Fuh! Tadi bukan
sopan santun lagi aku bercakap dalam telefon sekali off sahaja terus jadi
raksasa hijau!
Aku berjalan ke ruang tamu balik. Ni tak lain tak
bukan mesti kerja si Mia.
“Mak cik! Apa kau buat erk?” soalku sambil duduk
bersila di hadapan minah seorang ni.
“Hehe… aku isi je. Tak sangka pula nama kau dapat.” Tersengih
la pulak minah ni bercakap.
“Apasal kau tak letak nama sendiri saja?”
“Dah! Tapi seorang cuma boleh letak satu nama sahaja.
Dah nasib kau dapat. Untunglah. Memandangkan boleh bawa seorang rakan kau
jangan lupa aku yaa..”
“Tak nak! Kalau kau nak pergi sangat. Pergilah
sendiri… nampak kerja aku berlambak ni. Aku kena siapkan sebelum hujung bulan
ni.”
“Alarr Trisya…please…”
“Mia bukannya kau tak pernah round satu Beijing tu.
aku rasa Beijing pun muak sudah dengan kita dua. Asyik-asyik pergi sana je.”
“Tapi dengan Rizqi tu Trisya. Bayangkan seluruh
Malaya tengah jeles dengan kau sekarang ni sebab dapat pergi bercuti dengan
Rizqi tu.”
“Tak hingin aku! Aku bukannya minat mamat tu. Kalau
cuma bajet handsome apa guna. Suara dia bukannya best sangat pun.”
“Hish! Kau jarang tengok TV macam mana kau tahu
suara dia best? Kalau aku tanya apa rasa fail dokumen tu masam atau manis mesti
kau tahukan. Tiap-tiap hari hadap kerja. Aku yang bosan tengok kau ni.”
“Suka hati aku la…pokoknya aku tidak akan pergi
jugak. Noktah!”
Aku pelik betul macam mana aku boleh termakan dengan
kata-kata si Mia ni. Sekarang aku sudah tercongok depan balai berlepas. Si Mia
tu pulak sedang buang saham dekat tandas. Sakit perut la tu. Over exited nak jumpa artis
kesayangannya tu.
Aku memasang earphone di telinga namun belum sempat
aku cucuk ke lubang telinga bunyi teriak dari luar balai berlepas menarik
perhatianku. Tidak lain tidak bukan sudah tentu artis yang langsung aku tidak
minat tu datang. Aku menyambung memakai earphoneku.
Pandai-pandailah artist tu cari aku nanti. Aku sudah
pun maklumkan kedudukan aku menanti dia nanti. Novel Cinta Kontrak dibuka. Baik
lagi aku baca novel sambil menanti kedatangannya.
Gedebuk!! Rasa macam sebelah bahuku senget sebelah.
Terlempar novel dari tanganku. Aku pula terjelepok
ke atas lantai. Sudah nampak aku punya gila badan kecil nak lagi tampar macam
tak ingat dunia.
Aku memandang tajam Mia yang tersengih memapah aku
bangun. “Kau apahal? Datang-datang terus rempuh aku apasal?”
Mia sekarang tersipu-sipu. Kena sawan ke kawan aku
seorang ni. Tetiba ayu semacam saja. Aku menepuk seluar yang kotor. Habis
berhabuk lutut seluar aku.
“Helo Cik Balqis Trisya. Nice to meet you.” Ujar artis tersebut. Aku tidak menidakkan betapa
kacaknya jejaka di hadapanku sekarang ni walaupun aku tidak meminatinya. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
“Assalamualaikum Encik Rizqi. Jemputlah duduk.” Aku menunjukkan sebuah kerusi di belakangku
sambil tersenyum kepadanya. Mia menyiku lenganku. Faham sangatlah dia tengah bengang
dengan tingkahku yang tidak suka bersosial.
“Trisya?” soal seorang lelaki yang mendekati mereka.
“Izul?” soal Trisya balik.
“Lah! Betullah kau yang menang cabutan bertuah tu.
Tak sangka.” Izul benar-benar tidak sangka dapat berjumpa dengan kawan sekolah
menengah lagi. Lama benar mereka lost contact lepas spm.
“A’ah aku pun tak sangka juga. Kau buat apa sini?”
“Aku temankan kawan aku ni hah! nampaknya kita
bercuti ramai-ramailah…” balas Izul sambil memeluk bahu Rizqi.
Trisya mengangguk. Giliran Mia pula senyap semacam.
Iyalah. Ex-boyfriend depan mata! Mia
dan Izul hanya berbalas senyuman sahaja satu sama lain.
Rizqi tersenyum kelat. Dia dan Izul duduk ke kerusi
yang ditunjuk oleh Balqis tadi. Ingatkan minah tergedik-gedik yang dapat
cabutan bertuah itu. Nih lain sombong pulak! Dah tu rancak bukan main dia
bercerita dengan Izul sedangkan dia macam tunggul di situ.
Tapi ikutkan pertama kali dia dengar suara Balqis
Trisya yang ayu semacam di talian dulu sesuailah dengan rupa paras gadis
berselendang biru laut ni. Sampai angau sau badan walaupun tidak pernah bersua.
Aku menaip mesej di telefon lalu tunjukkan kepada
Mia. Sengaja aku menaip sebab kalau aku bisik pun sudah tentu Izul dan Rizqi
yang duduk dibelakang kami terdengar.
Kau okay tak?
Mia memandangku sekejap. Telefonku diambil lalu di
taip beberapa huruf. Telefonku diserahkan semula.
Okay. Tapi terkejut saja Izul ada depan mata.
Aku memadam balik lalu menaip semula.
Kau masih sayangkan dia. Ingatkan dulu tu cinta monyet saja.
Hehe…
Mia mengetap bibir membaca mesejku.
Aku sayangkan dia Trisya. Tapi kau faham-fahamlah sejak dia
dapat tawaran sambung oversea kami sudah lost contact. Aku pun tak faham.
Lantaklah!! Mungkin sekarang sudah jadi LAKI orang! Tak ka naya aku nanti kena
serang oleh bini dia…
Aku tertawa kecil. Lawak antarabangsa betul Mia ni.
Dalam sedih-sedih masih lagi melawak.
Sabar sajalah Mia… mungkin jodoh kau dengan orang yang duduk
dengan orang yang duduk sebelahnya tu.
Giliran Mia pun tertawa kecil.
Kalau orang sebelahnya tu biar berbini 3 pun aku sangup.
Huahaha!!
Aku sudah tidak tahan gelak. Terhambur juga tawaku.
Aku maksudkan orang yang duduk sebelah kanan dia. Bukan kiri!
Cuba kau tengok!!
Mia cuba berdiri konon-kononnya hendak ke tandas.
Padahal saja nak cover line supaya tidak perasan yang kami sedang bergosip!
Apabila dia berpaling ke belakang cepat-cepat Mia duduk semula. Tak jadi konon
ke tandas. Aku jamin dia memang terkejut beruk punya. Sebelah kiri memang Rizqi
tapi sebelah kanan pula lelaki tua yang boroi dan botak.
“Kurang asam kau Trisya!” Marah Mia.
“Yang tu aku baik aku buat bapak baru! Suruh mak aku
saja yang kahwin. Haha…” sambungnya lagi.
Rizqi memandang wajah Balqis Trisya yang ketawa dan
tersenyum dengan rakannya tadi. Matanya lansung tidak beralih biar seketika
pun. Rizqi seolah-olah terpukau dengan wajah cantik itu. Lengannya di siku oleh Izul yang perasankan
tindak tanduk rakannya.
“Sudahlah tu Riz… nanti berlubang kepala Trisya
kalau kau renung dia macam tu.” bisik Izul.
“Hoi…!” jerit Izul kecil di telinga Rizqi yang
langsung tidak ambil peduli dengan panggilannya.
“Aku dengarlah… aku suka tengok dia… ayu.” Balas
Rizqi.
“Bahaya kawan aku ni. Tangkap cintan la pulak dengan
Trisya tu.” Izul mengejek rakannya yang playboy
seorang ni.
“Tapikan Riz… aku peliklah. Trisya yang aku kenal
dulu tak layan semua benda-benda macam ni. Maksud aku… aku tak sangka yang dia
ikut peraduan kau ni. Trisya tu seorang yang suka belajar dan bekerja.” Komen
Izul. Trisya yang dia kenal waktu sekolah menengah ialah seorang yang tegas dan
tidak suka buang masa. Lagipun mustahillah Trisya tidak mampu untuk pergi
sendiri.
“Maksud kau?” soal Rizqi. Hatinya tertarik untuk
mengetahui lebih lanjut pasal Trisya.
“Nanti kau tahulah macam mana. Lagipun cuba kau
fikir. Masa first time jumpa tadi depan mata pun dia tidak excited sangat.
Bukan sangat lagi… memang tidak excited langsung pun!”
“Aku pun perasan…”
“Hah! itulah Trisya yang aku kenal. Tak main-main
dengan benda ni semua.”
“Aku akan buat percutian ni satu percutian cinta…
aku akan pastikan dia akan tangkap cintan dengan aku. Balik nanti tinggal terus
kahwin… lantaklah!”
“Jangan kau buat benda tak elok sudahlah Riz… Trisya
tu buat taekwando.. nanti tidak pasal-pasal kau kena smackdown nanti!.” Ujarnya
tegas di telinga Rizqi.
“Kau janganlah risau. Aku tak sentuh dia selagi kami
belum kahwin. Sebelum tu aku nak kau tolong pastikan sama ada dia masih single
and available…”
“Apasal pula aku?”
“Iyalah. Tak ke peliknya kalau aku yang tanya. Kau
kan kawan dia…”
Izul mengangguk. Lagipun kalau si Rizqi ni nekad dia
mesti dapat apa yang dia mahu.
Selendang lembut petak tersebut dipulangkan semula
kepada Rizqi. Aku segan apabila tersedar dari tidur tadi badannya sudah ditutup
dengan selendang yang dipakai pada leher
Rizqi pagi tadi. Bukan itu saja tapi aku siap tidur lena bersandarkan bahu
Rizqi tadi!
Duduk di dalam kapal terbang bersebelahan dengan
Rizqi memang membuatkan aku tidak selesa. Apa kes pula aku dapat seat sebelah
Rizqi pun tidak faham. Izul pula duduk sebelah Mia. Kes kami dua Mia sekarang
sama! Kalau ikutkan hati nak saja aku terjun dari kapal terbang ni sekarang.
“Terima kasih…” ujarku. Selendang tersebut
diserahkan kepada Rizqi semula. Aku kekok, segan dan seantero dengannya!
“Takpa… saya ada jaket. Awak pakailah tu… sejuk ni.”
“Tapi…” aku serba salah. Ambik sajalah woi! Tak nak
aku pakai. Aku rasa macam nak ketuk kepala aku sekarang ni. Macam mana aku
boleh tertinggal jaket di atas kerusi tadi. Kelam kabut punya pasal pagi tadi.
Ni semua gara-gara Mia yang tidak sabar. Sekarang siapa yang taubat tak nak
pergi. Dua-dua! Mia pun sudah hilang mood nak bercuti.
Rizqi mengambil selendang tersebut lalu meletakkan
ke badanku semula sambil tersenyum manis. Jarak badan kami yang dekat
membuatkan aku tidak selesa. Tindakan yang langsung aku tidak sangka-sangka.
Berani betul mamat ni!
“Pakailah… nanti awak kesejukan.” Rizqi menahan agar
tidak tersenyum. Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku! nekadnya.
Aku tidak membantah atau menolak lagi. Gaya Rizqi ni
memang tidak makan saman! Lagipun kalau ikut timbang tara takda ruginya juga.
Sebab aku pun sebenarnya tahan sejuk beb…!! Apa punya kapal terbang sejuk gila
ni. Huh!
“Ingat tak waktu kita kena denda gara-gara kantoi
meniru?” tanya Izul.
“Masa subjek akaun tu? mestilah aku ingat. Semua
korang punya pasal. Tak pasal-pasal dengan aku aku sekali kantoi.” Balasku.
Teringat
ketika Izul dan Mia minta jawapan waktu ujian akaun dahulu dengan aku. mereka
hanya ingin pastikan kalau jawapan mereka sama dengan aku. bajet tidak yakin
jawapan sendiri. Last… last kantoi oleh cikgu.. punyalah aku mengamuk waktu tu.
Iyalah aku dengan muka innocent first
time kena marah! Padahal tidak sempat pun aku tunjuk jawapanku dengan
mereka berdua.
Aku dan Izul bersembang sambil ambil angin malam.
Dua hari aku duduk di Beijing ni dengan mereka hubungan kami tidak ubah seperti
dahulu. Cuma aku tidak selesa dengan sikap ambil berat Rizqi yang over gila tu. Aku pun pelik… mamat tu
psyko semacam.
Contohnya aku terbersin sikit pun dah gabra semacam.
Biasalah tempat sejuk macam ni. Sekali sekala terbersin sebab kesejukan perkara
normal tapi dia pula yang risau melebih-lebih. Sudahlah balik-balik ambil
gambar. Kononnya prosedur untuk promosi. Sakit hati aku. Tak suka! Tak
pasal-pasal senyuman plastik keluar…
Dah tu dia upload pula di FanPage FB. Aku tak suka…
kemudian dia add aku di Facebook. Iyalah aku pun tak pasti jugak itu dia punya
Facebook pada mulanya. Dia tak nak orang lain tahu itu Facebook dia tapi bila
aku baca private message suruh aku terima dia dan kena lagi hanya satu mutual friend
kami iaitu Izul. Memang sah la itu facebook Rizqi. Nama sahaja lain. Rizqi
Qushairy bin Mohammad Amir. Itu nama betul dia merangkap nama Facebooknya.
“Hai…” teguran satu suara dari belakang buat Izul
berpaling. Aku tak payah! Tak hingin pun dengar suara tu sekarang. Apa lagi
tengok muka dia!
“Duduklah Riz.” Pelawa Izul. Rizqi mengambil tempat
di sebelahku memandangkan sebelah Izul ialah dinding. Pandai betul cari port.
Sekarang aku duduk tengah-tengah dua jejaka. Apa lagi cabutlah!
“Err… Izul. Aku balik dululah.. nak tengok Mia
mana.” Aku meminta diri. Satu senyuman
aku hadiahkan kepada Rizqi dan Izul. Tak ikhlas pun so jangan tanya lebih-lebih
motif aku senyum. Saja tak nak hilang kekok dengan Rizqi.
Izul mengangguk. Rosak rancangan mereka. Rizqi sudah
bagi isyarat kepada Izul agar menghalang Trisya dari pergi.
“Assalamualaikum dan selamat malam Izul… Rizqi.”
Saja aku sebut namanya perlahan. Tengok aku macam nak telan. Huh! Aku yang
sedap-sedap concur tempat ni tadi tiba-tiba saja Izul datang bawa bercerita.
Sekarang ni pula Rizqi duduk sebelahku. Apa kes la…
“Waalaikumsalam.” Jawab mereka serentak.
“Izul… macam mana ni? Buntu aku. trip kita tinggal
dua hari saja lagi. Tak kan aku nak lepaskan dia macam tu saja. Tengok aku pun
dia tak nak. Apa lagi nak dekat. Aku ni saja yang terhegeh-hegeh.” Luah Rizqi
sebaik sahaja Trisya meninggalkan mereka.
“Sabarlah Riz. Trisya tu memang macam tu. Dia memang
kurang sosial sikit.” Pujuk Izul.
“Kira nasib kau la si Trisya tu belum ada sesiapa
pun. Aku dah tanya dekat Mia. Itu pun payah dapat apa-apa maklumat tau.”
Sambungnya lagi.
“Entahlah Izul. Aku pun binggung. Sedangkan sekarang
payah nak bercakap dengan dia. Nanti bila balik lagi payah nak jumpa. Alasan
apa aku nak bagi dia nanti kalau nak jumpa.” Rizqi meluahkan perasaannya. Tidak
sangup dia habiskan cuti ni. Kalau boleh biarlah masa berhenti sekarang.
Aku meyandar pada sebuah tiang di pondok yang
tersedia. Penat betul seharian berjalan. Nasib baik sekarang musim bunga. Tidak
terlampau panas dan tidak juga terlampau sejuk. Hari ni puas betul berjalan.
Dari Beijing Planning Museum ke China Railway Museum, Nest stadium sekarang ni
dekat Jing Shan Park. Satu sahaja melekat dikepala otakku sekarang ni. Penat!
Bukan saja penat dari segi fizikal malah mental. Aku
pelik dengan Mia yang senyap semacam saja dari semalam. Asal aku tanya saja dia
cakap penat. Aku pun penat juga tapi selalunya Mia ni happy 24 jam. Cuma
semalam start angin kus-kus datang. Balik-balik aku tanya dia cakap penat. Last…last… aku yang penat tanya. Biarlah
dia. Nanti mesti dia cerita juga tu. Mia mana pandai simpan rahsia dari aku!
itu aku pasti seratus peratus.
Sebotol air mineral di halakan kepadaku. Aku
mamandang botol air mineral tersebut kemudian kepalaku perlahan-lahan terangkat
kepada tuan punya badan yang memberi botol tersebut. Rizqi! Adess… hancur mood
aku.
“For you.
Ambillah!” Dia mengunjurkan botol tersebut sekali lagi.
Aku hanya senyum sambil mencapainya. Tak hingin
sebenarnya pun walaupun tekak ku kering kontang. Macam tahu-tahu saja mamat ni
aku kehausan. Tapi menerima sebarang barang dari Rizqi membuatkan aku serba
salah. Tak nak! Jangan bagi aku apa-apa termasuk sebiji gula-gula pun. Nanti
aku terjatuh…terjatuh cinta beb! Sudahlah dia suka sangat tenung muka aku. Itu
paling aku tak suka. Tak suka tapi dot…dot… dot… Macamlah ada emas dekat muka aku
ni.
“Err…best tak?” Rizqi memulakan cerita.
Aku sekadar mengangguk.
Seperti biasa satu soalan dia tanya sepatah aku
jawab. Ya. Tidak. Okey. Mungkin. Jawapan artis pun kalah… bukan apa aku tak
rimas, kekok dan segala yang berkaitan dengannya. Tak bila dia minta nombor
telefon aku. Terus tindakan refleks… aku pulak yang soal dia…
“Nak buat apa dengan nombor saya?” tanyaku.
“Err…saja…” jawabnya. Saja? Keningku terangkat.
Cantik jawapan. Boleh dapat A++.
“Kalau buat saja-saja saya rasa tak perlulah bagi.”
Jawabku. Perghh! Makin panjang jawapan aku bagi. Aku sudah tiada angin nak
balas. Karang terhambur pulak depan mamat romeo ni. Tapi…erk! Apasal aku emo
sangat bila dia kata saja nak nomborku. Aku ni pun satu! Biasalah dia tu romeo!
Buat apa nak simpan hati untuk dia pulak.
“Eh! Tak… tak…” Rizqi sudah bertambah gugup. Mahu
saja dia tampar mulutnya sendiri.
“Takpalah… saya pergi dulu. Assalamulaikum.” Ujarku
hampa. Memang aku emo semacam sekarang ni. Cis! Dislike betul dengan perasaanku
sekarang.
Rizqi memandang pemergian Trisya dengan pelbagai
perasaan. Susah betul dia hendak dekat dengan wanita ini. Ada saja halangan.
Tidak pun dia sendiri tergagap macam tadi. Jiwa kacau!
Mia mendengus. Kertas-kertas iklan dalam hotel itu
dibelek kasar. Aku sekadar memerhati saja gaya kawanku yang angin semacam. Ini
sudah bab-bab ribut taufan nak melandalah ni. Angin moonsun apa pula kali ni
yang menyerang dia. Angin betul…!
“Mia…kau ni apahal?” tanyaku. Aku betul-betul tidak
tahan dengan perangai Mia ni. Kejap lagi aku sendiri yang panas.
Mia tidak mengambil peduli. Tahu sangatlah tu dia
marahkan aku. Tapi apa pula masalah kali ni. Sudah puas aku mengalah dengan dia
yang nak sangat ikut trip ni walaupun kerjaku berlambak.
“Mia…!!” jeritku.
Sekali lagi dia diam membisu. Okey ni boleh buat
panas!
Aku berjalan mendekatinya.
“Eh! Mia kau ni apasal? Tetiba marah-marah. Kalau
engkau marah aku sekali pun cuba kau cakap apa salah aku. ini tak! Tiada angin
tiada ribut boleh pula… Arrggh!!! Sakit hati aku.” luahku. Hah! ambik kau.
Jangan sesekali cabar aku. Nanti tidak pasal-pasal kena hambur.
“Sikit-sikit Trisya… sikit-sikit Trisya.. Eh apa kau
jampi dengan dua orang lelaki tu hah! tak habis-habis tanya Trisya… Trisya itu…
Trisya ini… aku ni apa di mata mereka. Patung? Kaunter pertanyaan? Aku
betul-betul tidak wujud tahu tak!” jerkahnya balik sambil menangis
teresak-esak. Masalah betul aku dengan anak manja seorang ni.
“Kau marah aku pasal lelaki dua orang tu. Okey!
Fine! Sepatah pun aku tidak cakap dengan mereka mulai sekarang! Puas…!! Dengar
Mia… aku jampi? Cantik ayat kau…” ujarku perlahan. Terguris hatiku dengar
kata-kata Mia. Dia ingat aku ni apa? See the leg la…!! Yiee sakit hati aku.
Kalau cemburu tu biarlah berpada-pada.
Aku mengemas barangku masuk ke dalam bagasi. Nasib
aku sudah kemas barang sikit-sikit ke dalam beg sebab esok petang kami sudah
balik. Kawan baik aku sendiri cakap aku jampi lelaki dua ekor tu? sakit hati
beb! BFF konon. Habuklah…
Aku berjalan keluar dari bilik. Bahuku terlanggar seseorang di lobi utama.
Aku terundur ke belakang sedikit. Bahu yang terasa sakit di pegang. Ini
tulangkan atau konkrit. Keras semacam saja.
“Trisya?” Tegur Rizqi. Aku terlanggar mamat sengal
ni pulak. Keras gila badan dia. Sakit lengan aku.
Rizqi mendekati aku. Dahinya berkerut melihat aku
yang menyorong bagasi. Tangan Rizqi melekat di pipiku untuk menyapu air mata
yang gugur.
Mata kami bertentangannya. Tidak semena air mataku
gugur lagi. Teringat kata-kata Mia tadi segera aku menepis tangan tersebut. Aku
berlari keluar lalu masuk ke dalam perut teksi. Aku tidak sanggup pandang muka
Rizqi… aku tidak mahu termakan kata-kataku tadi. Aku tidak akan bercakap dengan
kedua lelaki itu.
Pak cik teksi tersebut hanya membiarkan saja aku
menangis selepas aku menyuruhnya untuk ke lapangan terbang.
Mia berlari masuk ke dalam rumah mereka. Hatinya
benar-benar kesal dengan sikapnya yang terburu-buru. Dia tidak sepatutnya
menuduh kawan baiknya sedemikian. Sudahnya dia sendiri yang menyesal. Mia
tekanan. Setiap hari Izul tanya itu ini pasal Trisya. Trisya mana, Trisya itu,
Trisya ini. Semuanya pasal Trisya. Dia tidak pasti sama ada ada lagi cinta Izul
buatnya. Berapa lama dia menanti lelaki itu tapi setelah berjumpa semula lain
pula jadinya. Tiap-tiap hari Izul tanya pasal Trisya.
Sehinggalah semalam Izul menceritakan hal sebenar
yang dia hanya membantu Rizqi untuk merisik-risik tentang Trisya buat kawannya
seorang tu. Izul masih lagi sayang dan cintakan Mia. Itu hakikatnya.
Tapi malangnya Trisya sudah pun berlepas semalam dan
mereka bertiga hanya sempat mengikut penerbangan tengah hari saja untuk
penerbangan yang paling awal ke Malaysia.
Mia menjerit nama Trisya tapi lansung tiada sahutan.
Hanya suaranya sahaja bergema di segenap ruang. Kakinya melangkah masuk ke
dalam bilik Trisya. Katilnya masih lagi kemas. Mia perasaan sesuatu yang kurang
di dalam bilik tersebut. Ia terlalu kemas. Hatinya tergerak membuka almari Mia.
Kosong. Satupun baju Mia tidak tergantung di dalam almari tersebut.
Kaki Mia melangkah perlahan keluar rumah. Terlihat
kelibat Izul dan Rizqi yang sedia menanti dirinya dari tadi. Kedua lelaki
tersebut sedia menantinya dari tadi sementelah dia mencari Mia di dalam rumah.
Kepala digelengkan. Trisya benar-benar nekad dengan
kata-katanya. Tapi masalahnya sehingga sanggup meninggalkan rumah mereka.
Kereta Trisya pun sudah tiada.
“Trisya tiada. Almarinya pun kosong… maafkan aku
Rizqi. Ini semula gara-gara aku.” tangis Mia…
Permandangan sawah padi yang terbentang luas di
hadapan sungguh tenang. Air mata Trisya gugur sekali lagi. Tidak sangka pada
malam itu dia dapat panggilan dari Pak Long tentang pemergian ibunya yang kena
rompak. Hanya kerana mempertahankan rantai peberian arwah nenek. Ibunya
terbunuh dalam rompakan di rumah mereka di kampung. Mujurlah penjenayah
tersebut sempat di tangkap oleh penduduk kampung. Rupa-rupanya penyangak dadah
yang ketandusan duit!
Mujurlah bosnya memahami keadaannya lalu membenarkan
dia cuti tanpa gaji. Tapi Trisya akhirnya mengalah. Dia minta berhenti kerja
juga akhirnya. Trisya kini hanya mengusahakan sebentang sawah peninggalan arwah
ibu bapanya. Tinggal di kampung ni jauh lebih tenang dari tempat lain.
Sudah hampir dua bulan lebih Trisya mengurus sawah
padi tersebut dengan bantuan beberapa orang kampung yang diupah. Malah ladang
buah-buahan mereka yang sudah menunjukkan hasil dijual untuk menampung
hidupnya. Gajinya selama ini pun sudah cukup menyara hidupnya tapi kerana
tanggungjawab mengurus harta keluarganya jauh lebih baik dari semua itu. Untungnya
tidaklah selumayan gaji dahulu malah pendapatannya kebanyakannya disedekahkan
kepada penduduk kampung mamandangkan
itulah cara ibu sejak pemergian arwah bapa dulu. Kata ibu itu hanya harta dunia
semata-mata.
“Assalamualaikum Trisya…” Salam dari Pak Long Hamid
mengejutkan aku dari jauh mengelamun.
“Waalaikumsalam Pak Long, Mak Long. Masuklah…” Aku
menjemput orang yang sudah banyak membantu mengurus segala hal ke dalam rumah.
“Duduklah dulu… Trisya ke dapur dulu yaa.” Aku
melangkah ke dapur untuk menyediakan minuman kemudian masuk semula ke ruang
tamu. Aku mengambil tempat di sebelah Mak Long Bedah setelah menuangkan air
buat mereka.
“Trisya okey tak tinggal seorang diri di rumah ni?”
tanya Pak Long Hamid.
Aku tersenyum. Mana tidaknya. Setiap hujung minggu
aku berjumpa dengan mereka berdua. Tetiba pula tanya soalan cepumas ni…
“Alhamdulillah sihat.”
“Beginilah Trisya. Pak Long tak nak berkias-kias
lagi. Lama-kelamaan kamu tahu juga…” Pak Long Hamid mengeluarkan sebaldu cincin
lalu diserahkan kepadaku.
“Semalam ada orang jauh dari KL datang ke rumah kamu
waktu kamu ke ladang. Mak cik Senah sebelah kata kamu mungkin ke rumah kami
lalu dia tunjukan jalan ke rumah kami. Orang tu datang nak meminang kamu.
Katanya kamu kenal juga orangnya.” Terang Pak Long Hamid.
“Dia tak sangka yang ibu kamu sudah tiada katanya.
Satu rombongan keluarga lelaki tu datang nak merisik terus meminang kamu. Kami
tak berani nak beri kata putus. Ini nombor keluarga lelaki tersebut. Nanti kamu
berilah jawapan kamu sendiri.” Sambung mak long pula.
“Satu saja pesan Pak Long. Pak Long tak paksa kamu
terima pinangan ni. Tapi nampaknya pihak lelaki nekad hendak ambil kamu jadi
isteri. Kamu tu tinggal seorang di rumah ni Trisya. Kami dua tidak dapat jaga
kamu 24 jam. Bahaya kamu dekat sini keseorangannya.”
Aku tunduk mengangguk. Faham dengan maksud mereka.
“Kami tak kata nak halau kamu kea pa Trisya. Harap
kamu faham. Tapi risaukan keselamatan kamu.”
“Trisya faham Mak Long jangan risau...”
Aku menimbang beberapa kali tentang pinangan tersebut.
Siapa lelaki yang datang meminang tu pun aku tidak tahu. Sudah dua hari aku
biarkan sahaja perkara ini. Aku duduk di tengah-tengah sawah padi. Kakiku
sengaja dimasukkan ke dalam air. Petang-petang begini memang tenang dan sejuk
dengan angin petang.
“Trisya…” satu suara di tepi menarik perhatianku.
Aku memandang kaki yang berada di sebelahku. Pelahan-lahan kepalaku diangkat ke
atas untuk mengetahui kelibat manusia tersebut.
“Mia?” dahiku berkerut melihat sekujur tubuh yang
cuba duduk mencangkung disebelahku kini. Mukanya sudah kemerahan menahan
tangis.
“Trisya maafkan aku Trisya. Aku salah… aku tuduh kau
bukan-bukan…” pohonnya.
“Dah la Mia. Perkara tu pun sudah lepas… Aku dah
lupa dah semua tu.”
“Tapi tak kan semudah tu Trisya. Sekurang-kurangnya
kau jeritlah. Marahlah. Aku tak kisah.” Pinta Mia.
“Aku tolak kau masuk sawah ni kejap lagi baru tau.
Aku mengaku mula-mula tu marah la jugak sikit-sikit tapi lama-kelamaan aku rasa
takda guna aku nak marah. Benda dah lepas pun. Kau tu satu! Kalau cemburu pun
janganlah sampai cemburu buta!”
Mia menarik tubuhku ke dalam pelukannya. “Aku
betul-betul minta maaf. Kaulah kawan aku selama-lamanya!”
Aku mengawal imbangan badan kami. Nanti tidak
pasal-pasal kami mandi air lumpur sawah ni.
“Trisya… sebenarnya ada seseorang nak jumpa dengan
kau lagi…” ujar Mia. Dia memuncungkan mulutnya pada seseorang yang sedang
berdiri di pondok. Lelaki itu sedang membelakangi kami berdua.
“Pergilah… lama dia tunggu kau tu…” pujuk Mia. Aku
mengangguk lalu bangun dan menuju ke arah lelaki tersebut.
“Assalamualaikum…” lelaki tersebut berpaling
menghadapku dibelakang setelah mendengar suaraku.
“Waalaikumsalam.”
Riak mukaku berubah. Rizqi? Aku mencari kelibat mia
kembali. Mataku tajam memandang Mia yang sedang berdiri bersebelahan dengan Izul.
“Err… Mia kata awak nak jumpa saya?” tanyaku.
“Hah?! ah! Ya.. eh tak…eh sebenarnya ya…”
Mulutku mengukir satu senyuman memandang betapa
gugupnya dia sekarang ni.
“Sebenarnya ya atau tak ni? Kalau tak saya minta
diri dulu.” Aku berpura-pura tidak mengendahkan dirinya. Padahal dalam hati
tuhan saja tahu. Jantung ni macam nak tercabut.
Rizqi menangkap tanganku untuk menhalang
jalanku. Dia segera melutut. Aku
terundur sedikit ke belakang kerana terkejut dengan aksinya.
“Trisya… saya sebenarnya sukakan awak… saya cintakan
awak. Harap awak boleh terima saya seadanya sebagai peneman hidup awak.” Luah Rizqi
laju. F1 pun kalah!
Senyuman yang tercalit di bibirku tiba-tiba hilang. Bukan
apa! aku baru teringat yang aku sudah bagitahu Pak Long tadi untuk menyampaikan
hasrat aku yang aku menerima pinangan hari tu.
“Maafkan saya. Awak sudah terlambat. saya sudah
terima pinangan orang.” Aku menarik tanganku dari pegangannya. Air mataku
gugur. Saya pun cintakan awak!
“Pinangan orang? Awak terima pinangan tu? betul?”
Rizqi sudah berdiri. Mukanya berubah menjadi ceria.
“Yaaaaahoooo….!!!” Jerit Rizqi riang. Terlompat-lompat
lelaki itu keriangan.
Aku kaku memandangnya yang sudah bersorak keriangan
sedangkan aku tengah bersedih. Apa ke jaddahnya manusia ni? Tahukah dia aku
sudah terima untuk jadi tunang orang.
Satu jambangan bunga di halakan di hadapanku. Aku monyok!
Jambangan tersebut tidak dipeduli. Si lelaki duduk di sebelahku. Pipiku dikucup
lembut.
Aku mengetap bibir. Orang marah dia boleh buat
main-main pula. Merajuk! Tak nak layan.
“Alah sayang! Abang minta maaf sangat…sangat…sangat
tersangat minta maaf… please….” Pujuknya.
Aku merajuk. Main-main saja sebenarnya. Hehe… adakah
patut dia tunda honeymoon kita orang! Lepas nikah dapat kontrak itulah kontrak
inilah… Mia dan Izul yang baru saja kahwin pun dah melancong sampai Hong Kong. Kami
yang sudah setahun melangsungkan perkahwinan habuk pun tarak! Ulang tahun hari
ni pun boleh lupa. Apa punya lakilah…
Aku pula asyik-asyik kena tinggal saja. Dia yang
dapat pergi mempromosikan albumnya. Pergi outstation la… sedih. sobs…sobs…
“Tadaa… abang ingatkan nak bagi supraise. Tapi tak
jadilah tengok bini abang ni sudah merajuk sakan.” Rizqi menyerahkan satu
sampul surat besar kepadaku.
Aku membaca tulisan besar yang tertulis di sampul
tersebut.
Pakej Percutian Cinta.
Lawak antarabangsa apa pula laki aku buat ni?
“Bukalah…” pujuknya.
Aku mengeluarkan sebuah kertas bersaiz A3. Besarnya amboi!
Kelihatan gambar kami dua yang diedit pada poster tersebut. Sekali lagi aku
tersenyum lucu.
Pakej
Percutian Cinta.
Pemenangnya : Puan Balqis Trisya binti
Ahmad Taufiq
Hadiah : Percutian selama sebulan
bersama Rizqi Qushairy bin Mohammad Amir.
Syarat-syarat
percutian :
1. TIDAK boleh bawa sesiapa
kecuali Rizqi Qushairy bin Mohammad
Amir.
2. TIDAK boleh tolak. WAJIB
setuju ikut ke mana saja.
3. KENA bersiap sekarang
kerana kita akan bertolak ESOK!
“Esok? Dan sebulan. Lama giler… ” soalku.
“Tak lama tu sayang. Abang yang patut minta maaf
sebab sudi tunggu dan bersabar dengan karier abang yang sibuk. Abang dah mohon
cuti ni lama dah… nasib baik dapat approve.” Ujarnya.
Mana tidak sibuknya. Sudahlah dia tu penyanyi
merangkap engineer… asal ada waktu free dia pergi rekod lagu. Malam saja sudah
hadap kerja. Aku nak halang pun tidak guna. sudah memang minat dia jadi penyanyi. Kesimpulannya, aku sokong saja dari belakang.
“Abang terima kasih sangat-sangat. I love you Trisya…
Forever and ever…” ucap Rizqi.
Aku menangis tapi tangisan kegembiraan. Aku tidak pernah merunggut
dengan kesibukan kerjanya. Hari ni sajalah. Sebab boleh pula dia buat-buat lupa
anniversary kami dari pagi tadi.
“I love you too… Terima kasih kerana cintakan Trisya….”
1 tukang komen:
kiut..suke cite ni <3
Post a Comment