Fazley memandang kakaknya yang sedang khusyuk
menghadap komputer. Tidak lain tidak bukan mesti tengah hadap Adobe Photoshop
Indesign lagi tu.
“Akak ni… tiap-tiap hari hadap benda sama. Tak bosan
ke? Waktu cuti begini cubalah bawa bersosial sikit. Ini tak 24 jam bersamaan 7
hari seminggu akak duduk hadap kerja… kerja… kerja…”
“Kau jangan kacau kakak boleh tak. Kakak tengah
sibuk ni…” Fazura leka memandang komputer ribanya. Design kad kahwin perlu disiapkan ikut waktu. Lepas tu tunjuk pada
pelangan baru boleh pergi cetak. Kalau pelangan tidak puas hati kena buat baru
lagi. Paling baik pun repair mana
yang patut saja. Tapi setakat ini pelangan tiadalah secerewet begitu. Semuanya
berpuas hati dengan rekaan Fazura.
“Alah akak ni. Sentiasa sibuk… boring betul hidup.
Lepas tu kami pun kena tolong jugak.” Omel Fazley sambil mengemas meja ruang
tamu yang bertaburan dengan span, bunga yang tidak diguna serta pelbagai lagi
bahan yang diguna untuk buat hantaran kahwin ni.
Musim cuti sekolah memang mereka langsung tidak
suka. Kalau remaja lain sudah tengok lepak hari-hari dengan geng. Tapi mereka
kena tolong kakaknya yang sibuk dengan perniagaannya waktu begini. Maklumlah,
waktu cuti sekolah ialah musim orang kahwin!
Tapi itu kisah dulu, waktu kakaknya tiada pembantu
lagi. Ketika Fazura masih memilih untuk berniaga online pada mulanya dengan mereka kad kahwin, poster, banner dan
sebagainya secara online. Hantaran
kahwin pula Fazura hanya ambil tempahan di kawasan tertentu yang berdekatan
sahaja.
Malah kakaknya ada ambil upah untuk tangkap gambar
kahwin dan edit untuk tambahan.
Itulah kelebihan photoshop! Gambar ambil di rumah pun boleh jadi seperti berada
ditengah-tengah sawah pagi atau tepi pantai!
Kenapalah kakaknya ni macam ni? Cuti semester break
macam ni terpaksa hadap semua benda alah ni. Kalau waktu kuliah bermula pula
kehidupan penuh dengan assignment, test
and bla…bla…bla yang memboringkan! Nak juga spend cuti semester sebulan lebih ni dengan kawan-kawan. Lepak la
apa lagi!
“Diamlah… buat aje la kerja tu.” arah Fazura. Geram
betul dengan Fazley ni. Pemalas betul. Tengok Fiqrie tu! mana ada mengomel. Dia
buat saja apa yang Fazura suruh. Fazley ni dari dulu sampai sekarang liat.
“Tapi betul juga tukan bang? Akak ni ada boyfriend ke? Tak pernah pun dating.”
Kata Fiqrie. Kerjanya terganggu sedikit dengan kata-kata Fazley. Lupa
nak cakap! Fiqrie ni selalu betulkan saja apa Fazley cakap!
“Akak ada boyfriend?
Adik! Agak-agaklah. Cuba fikir sikit. Lepas kerja, akak pergi kedainya buat design itu ni… malam dekat pukul tujuh
malam baru balik. Sabtu ahad pulak bertapa dalam kedai ni… mana ada kehidupan!”
lancar Fazley mengomel.
“Hah! betullah… akak tak takut jadi anak dara tua
ke?” soal Fiqrie.
Fazura memandang tajam ke dua adiknya. Belum sempat
dia bagi ‘sound’ speaker sony kepada ke dua adiknya itu. Salam dari pintu
menarik perhatian mereka. Firdaus sudah balik dari kerja. Sampai saja rumah dia
buka tali leher, lempar briefcase ke
sofa dua lalu terus baring atas sofa tiga yang agak panjang. Setiap hari balik
memang macam tu!
“Sedapnya kau terus baring. Pergi angkat briefcase
tu masuk bilik! Kalau nak baring. Baring dalam bilik.” Arah Fazura pada Firdaus
yang 2x5 tahap pemalasnya macam Fazley. Kemudian dia sambung kerja yang
tergendala.
“Hesy! Akak ni. Membebel macam nenek kebayan!”
rungut Firdaus yang kepenatan. Kerja dalam aircond
tapi lagaknya macam baru habis angkat 10 guni beras!
“Abang…” panggil Fazley dengan nada perlahan.
“Apa hal?”
“Abang takde ke bos yang boleh dijodohkan untuk akak
tu. Makin naik taraf umur untuk mendapat kelayakan ANDARTU. Makin garang!”
cadang Fazley.
“Betul… betul… betul! Macam kak Ros dalam upin ipin
tu. Garang!” sampuk Fiqrie.
Firdaus menjeling pada adik bongsunya. Kalau Kakak
Fazura mereka macam kak Ros dalam kartun tu. Fiqrie ni pulak macam Ipin.
Betulkan saja cakap Fazley!
“Tak kuasa abang nak aturkan dengan bos abang. Nanti
tak pasal-pasal abang kena pecat kalau akak baling kasut tinggi dia tu dekat
bos abang….”
“Lah… habis tu…??” keluh Fiqrie.
Mereka bertiga senyap seketika.
“Hah! Abang Ley tiada ke pensyarah yang sepadan
dengan akak? Yang handsome, yang
muda, yang penting pandai cari extra income macam kakak tu. Hehehe…” sambung Fiqire semula. Walaupun
Fazura kerja sebagai graphic designer tapi dia ada buka kedai sendiri
untuk pendapatan tambahan.
“Hesy tak nak la Abang Ley. Kalau abang Daus takut
kena pecat. Abang yang belum pegang sijil Diploma tu lagilah takut. Nanti tidak
pasal abang punya pointer rendah.”
Jawab Fazley.
“Hermmm….” Keluh mereka bertiga serentak. Macam mana
nak carikan calon untuk kakak mereka ni.
“Ya Allah budak bertuah ni. Aku suruh buat kerja.
Yang kamu termenung tu apasal?” jerkah Fiera.
“Akak… akak…” panggil Fiqrie dengan nada manja.
“Apa?!”
“Kalau akak nak suami? Apa kriterianya?” tanya
Fiqrie. Tiba-tiba pula terfikir perkara ni. Kalau nak cari calon mesti tahu
kriterianya dulu untuk sesi penapisan. Mana boleh main redah saja.
“Akak? Entah!” jawab Fazura.
“Kalau akak korang… cari aje nama yang ada pangkal
MF macam nama korang bertiga. Akak korang kan suka nama lelaki mula dari MF.”
Celah Mak yang baru keluar dari dapur. Erm…
aroma cengkodok mengalahkan minyak wangi Enchaunter. Hahaha… sedap hingga menusuk hidung!
“Iya tak iya jugak….” Balas Firdaus. Teringat cerita
mak mereka. waktu kecil nama Mohd. Firdaus memang diberikan oleh mak mereka.
Tapi Mohammad Fazley dan Mohammad Fiqrie pula Fazura yang bagi. Kena MF jugak!
Tapi waktu Fazley dan Fiqrie dulu tidak boleh guna singkatan sudah seperti
Daus. Jadi kenalah pangjang. Yang penting MF!
“Korang nak buat apa?” Soal Fazura. Keningnya
terangkat sendiri.
“Cari jodoh untuk akak! Kita kena la tahu…”
“What!!”
jerit Fazura memintas kata-kata Fiqrie.
“Hesy adik ni!” kalau nak cari jodoh tak payahlah
bagitahu kakak. Memanglah dia tolak bulat-bulat. Apalah!
“Jangan nak buang tabiat. Ada kerja cari kerja lain.
Orang suruh buat kerja liat nak mampus!” omel Fazura.
“Yiee… akak ni. Sebab tu kitaorang nak carikan
suami. Akak ni makin andartu makin garang nak mampus!” Firdaus mencelah.
“Amboi mulut. Ada jugak nak dicilikan…” ugut Fazura.
“Biarlah mereka tu . Mak pun dah tengok kamu ni
bukannya ada hati nak bersosial dengan orang lain. Teman lelaki pun tiada.
Kawan-kawan kamu semuanya dah beranak pinak…” mak pula mula topik. Ermm… elok sangatlah tu…
Firdaus, Fazley dan Fiqrie tersenyum puas. Ada
penyokong hebat! Sayang mak!!
“Eleh…
sukalah tu.” cebik Fazura.
Fazura masuk ke ruang tamu setelah menunaikan solat
isyak. Seperti biasa, Buletin Utama menjadi pilihan seisi keluarga untuk
mengetahui berita dan informasi terbaru. Setiap malam jangan mimpi tukar
channel! Kalau tidak sudah tentu dapat ‘ceramah’ free oleh mak dan ayah.
Sesekali anak mata Fazura menyorot pada adik
lelakinya tiga orang ni. Kusyuk sangat hadap computer riba dan entah apa saja
yang mereka tulis tu. sesekali terdengar mereka bergaduh berlawan mulut. Itu
tidak okey, ini tidak patut. Yang ni kena reject!
Entah apa-apa saja. Banyak betul ragam.
Kaki Fazura mendekati mereka bertiga perlahan-lahan.
Khusyuk sampai tidak sedar yang dia mendekati mereka bertiga tu.
“Hah!” sergah Fazura. Kertas di atas meja dirampas
lalu dibaca sekilas.
MF Holdings.
Misi : mencari calon MF untuk kakak.
Visi : dapat menjadi adik-adik ipar kepada
calon MF. Dan terlepas dari kakak Fazura yang GARANG tu.
Senarai nama MF yang ada!
1. Mohd Fahmi (cikgu sekolah rendah
Fazley)
2. Mansur Fareed (Classmate Fiqrie)
3. Mohammad Faisal (Anak mak cik Yana
jiran sebelah)
4. Marjan Fauzan (Mamat kerja di
kedai Mapley hujung simpang)
5. Muaz Fauzi (Kawan Fazley budak Engineering tu!)
7. Maula Furqan (Anak mak Bedah jiran
depan rumah lama.)
8. Mohd. Fuad (Mamat jual cendol di
bazar puasa tahun lepas.)
9. Musyrif Faiz (Taiko sekolah lama
Firdaus.)
10. Malik Fadlan (Bekas manager lama Firdaus.)
“Apasal semuanya MF? Faisal pun tersenarai. Amboi
anak mak cik Yana tu baru 10 tahun pun tercalon! Korang ni perli akak ke apa?”
komen Fazura. FM pun kena reject? Kena MF jugak. Biar betul adik-adik aku ni?
Firdaus merampas balik kertas putih itu. Dicari nama
anak mak cik Yana seperti disebut oleh Fazura tadi.
“Siapa yang calonkan nama Faisal ni?” soalnya tajam.
Dia tidak berkenan betul dengan budak cengeng yang nakal tu. Nasib anak jiran
sebelah rumah. Kalau adik sendiri. Mahu dicubit-cubit sampai bengkak. Nakalnya
Ya Ampun!!
Fazley dan Fiqrie pandang satu sama lain. “Adik…”
jawab Fazley.
“Eh! Bukan adik. Abang!! Adik rapat dengan budak tu
pun tidak. Abangkan yang friendly
dengan semua orang… abang yang tulis!” bangkang Fiqrie.
Fazura mengelengkan kepalanya. Haiyaa… adik-adik aku
banyak ragam!
“Sudah… sudah… korang ni tak kan nak serius sangat
kot?” soal Fazura.
“Eh! Mestilah serius. Ayah pun sokong. Esok pagi
ayah bagi senarai anak kawan-kawan dia yang ada pangkal nama MF.” Balas Firdaus.
“Tolonglah! Korang ingat akak ni desperate sangat nak berlaki ke apa?”
“Memang pun.” Jawab mereka bertiga serentak tapi
dengan nada perlahan.
Fazura berdecit. Macamlah dia tidak dengar! Kalau
sudah tiga suara itu bergabung. Layan lagu Beribu Sesalan nyanyian tiga suara
artis terkenal itu pun boleh kalah. Percayalah!
“Akak ni biar betul? Orang ambil cuti untuk pergi
bercuti tenangkan fikiran. Akak pula tiap-tiap tahun macam ni. Kumpul cuti
untuk musim kahwin. Kalau akak yang kahwin takpe jugak. Ini! Dia pulak kumpul
cuti untuk jadi photographer dan mak
andam. What the world is going on here!”
rungut Fazley. Dia sendiri pun apa punya malang! Cuti semester begini kena tolong si kakak!
“Kau pergi tolong akak ambil kotak macam ni di
belakang stor.” Arah Fazura. Tidak peduli langsung dengan omelan si adik.
Sekarang dia sibuk sangat. Jangan layan sangat dengan mulut murai Fazley ni.
Memang liat sangat nak buat kerja. Tapi minta sponsor nombor satu pulak!
“Aduh malasnya… abang Bad dan kak Tina mana?” tanya
Fazley. Badrul dan Tina ialah pembantu Fazura bahagian mak andam. Manakala,
kakak Habsah dan kakak Rania pulak tukang ubah bunga di kedai bunga Fazura yang
bersebelahan saja dengan butik mak andam ni.
Tiba-tiba loceng pintu kedai berbunyi menandakan ada
seseorang datang berkunjung. Kelihatan seorang lelaki lengkap bersut sedang
melangkah masuk.
“Assalamualaikum dan selamat datang ke kedai kami.”
Kata Fazura yang sedang duduk dikaunter.
“Waalaikumsalam… erk ni kedai apa sebenarnya?” tanya
lelaki itu.
Fazley dan Fazura memandang satu sama lain. “Huh?”
bingung seketika mereka.
“Oh! Sorry.
Tadi saya ingatkan ni kedai bunga. Tapi sekali masuk lain pula dalamnya.” Kata
lelaki itu.
Fazura memandang tajam pada Fazley. “Kau dah buka
pintu depan kedai sebelah ke?” tanyanya tajam.
“Alah… orang tak payah buka kedai sebelah pun boleh
masuk ikut dalam sini.” Jawab Fazley. Memang Fazura ada sediakan internal door dalam kedai ni. Dinding
yang memisahkan kedua kedainya pun dinding kaca. Senang sikit nak tengok.
Fazura berdecit. Ada saja jawapan budak seorang ni.
“Maafkan saya
encik. Err.. kedai bunga sebelah tu pun saya punya. Encik boleh masuk ikut
sini. Mari saya tunjukkan.” Dengan sorang Fazura menunjukkan pintu yang terbuka
luas. Saiz internal door itu agak
luas dan mempunyai saiz umpama dua pintu yang bergabung. Bezanya Fazura
mengenakan sliding door.
“Abang tak nak buat tempahan untuk perkahwinan. Hari
ni kedai kami buat pakej istimewa. Lengkap dan sempurna. Dari pakaian, barang
hantaran, pelamin, bunga dan bakal isteri!” kata Fazley tiba-tiba. Tengok rupa
lelaki ni macam anak orang kaya. Harap-haraplah pangkal nama MF.
Sebenarnya
mereka bertiga sudah bertaruh. Antara mereka bertiga mesti mengemukakan calon
MF masing-masing. Siapa calon MF yang menjadi pilihan akak mereka akan menang.
Hadiahnya lumayan… sebulan cucikan baju pemenang! Jadi bermakna kalau ada dua
bulan untuk dua orang yang kalah. Contohnya kalau Fazley menang. Sebulan
Firdaus kena cuci, sebulan kemudian pula giliran Fiqrie.
Terkekek Fazley mengingatkan pertaruhan mereka yang
dicadangkan olehnya.
“Wah lumayan… siapa bakal isteri tu.” jawab lelaki
itu sambil tersenyum.
“Dia gadis bertudung biru. Matanya cantik sungguh
ayu…” kata Fazley berkias.
Lelaki itu memandang gadis yang berada di kaunter
itu. Ermm… Memang ayu!
Fazura pula sekadar mengelengkan kepalanya. Kerja
tadi disambung semula. Lelaki itu pun tengah layan Fazley bercerita. Kalau dia
nak pilih bunga di kedai sebelah pun ada Fazley jugak layan.
“Ayu…” kata lelaki itu.
“Memang ayu… nak ke tak nak? Tawaran terhad tau.
Lagipun kena ada sesi penapisan nanti.” Balas Fazley.
“Lah… kena ada sesi penapisan ke?”
“Eh! Mestilah ada. Sebab kalau encik terpilih. Pakej
perkahwinan itu akan ditanggung free!”
Lelaki itu tertawa kecil. “Awak ni berani sangat
dengan bos awak ye?”
“Eh! Kalau saya pekerja. Dah lama saya letak
jawatan. Tak sanggup. Saya adik dia la…” jawab Fazley.
“Patutlah… kakak awak cantik.” Katanya sambil
mengerling Fazura. Ada orang tangkap cintan la pulak…
“Tapi garang!” pintas Fazley. Fazura tidak lagi
melayan mereka. Dia berjalan ke kedai sebelah. Untuk tukar sign di pintu. Tanda close
ditukar kepada open. Dia membuka satu
keping kertas yang dilekat pada pintu.
“Sila ikut pintu sebelah. Pintu ini telah ditutup.”
Bacanya. Bertuah punya adik!
“Cantik bunga-bunga sini.” Kata seseorang dari
belakang. Fazura segera memalingkan kepalanya. Lelaki tadi!
“Encik nak pilih bunga apa? kedai kami juga
menyediakan khidmat untuk membuat gubahan bunga.” Kata Fazura.
“Kalau saya nak bunga yang tengah bercakap tu
boleh?” sakat lelaki itu.
“Bunga ni tak boleh!” jawab Fazura tegas.
“Tapi saya telah melepasi sesi penapisan adik awak.
Maknanya saya layaklah kan?” usik lelaki itu lagi.
“MF?” tanya Fazura.
Lelaki itu mengangguk dengan sengihan panjang. Handsome! Puji Fazura. Macam kamal Adli…
hehehe…
“Awak baru lepas penapisan mereka tapi bukan sesi
penilaian saya!” jawab Fazura.
“Lah! Ada sesi penilaian lagi…”
“Mestilah! Takkan senang begitu aje nak kahwin.
Kalau awak ni Taiko ke? Ketua kongsi gelap ke atau penjenayah dikehendaki kan
cari naya namanya.” Kata Fazura selamba.
“Muka handsome
macam ni pun kena cop penjenayah ke? Malangnya… huhu…”
Fazura menjengket bahu. Dia melintasi leleki itu
untuk mengemas bunga-bunga itu.
“Saya sebenarnya nak tengok bunga… awak boleh tolong
pilihkan tak? Banyak sangat. Saya pun tak tahu nak pilih yang mana satu.” Kata
lelaki itu sambil menggaru belakang kepalanya.
“Untuk isteri ke atau kekasih?” soal Fazura
sarkastik. Satu senyuman diberi kepada lelaki yang kini berada disebelahnya.
“Kalau yang tu saya rasa kena tanya awaklah. Kan
awak ni bakal isteri dan kekasih saya. Hehehe…”
Fazura mencebik. Tidak habis-habis.
“Err…
sebenarnya saya nak bagi dekat mama. Mama sakit sekarang. Terlantar di
hospital. Nak bagi semangat sikit dekat mama saya.” Dia mengerling jam
ditangan. Alamak! Cerita punya cerita. Dia sudah terlewat. Sudah tentu kakaknya
membebel lagi.
“Kalau macam tu awak bagi carnation ni. Ia lambang
kasih sayang, penghormatan dan kesihatan.” Ujar Fazura sambil menarik satu
tangkai bunga carnation berwarna
pink.
“Eh! Bunga pun ada lambang ka? Dari mana awak tahu?”
tanya lelaki itu.
“Encik! Saya kan tauke kedai bunga. Mestilah saya
tahu…” Fazura buat muka bosan. Budak kecil Faisal tu kalau ditanya soalan macam
ni pun dia tahu jawab.
“Betul jugak. Err… nak bunga nilah. Awak tolong
gubahkan cantik-cantik ye. Saya nak 10 tangkai. 5 putih, 5 pink!” kata lelaki
itu.
Terkejut Fazura. Mak aih! Banyaklah… takpe! Janji
duit masuk. Hehehe…
“Kejap ye…” Fazura menarik beberapa tangkai bunga
carnation. Dia kemudiannya leka mengubah bunga-bunga itu. Lelaki itu pula
sekadar temenung dan menunggu Fazura membuat kerjanya sambil merenung jauh
wajah gadis ayu itu.
Cantik! Cantik macam orangnya. Puji hati lelaki itu
pada gubahan Fazura yang hampir siap.
Fiqrie mengerling jam ditangannya. Lambat balik
lagi. Jam berapalah abangnya nak datang jemput ni? Jam sudah menunjukkan pukul
2. Sudah hampir sejam dia menanti Fazley datang jemput. Tapi batang hidung
mancung abangnya tu pun tak muncul-muncul lagi.
“Hai Fiq. Tak balik lagi?” tanya Fareed. Rakan
sekelas Fiqrie yang tercalon dalam senarai MF untuk kakaknya. Tapi kena reject jugak.
Sebab masih tergolong budak bawah umur macam dia. Baru tingkatan enam atas!
“Belum. Abang Ley lambat lagi. Kau?” tanya Fiqrie
balik.
“Aku tunggu adik aku tadi. dia ada hal dengan cikgu
dia.” Kata Fareed sambil menunjuk Hafiza yang melangkah mendekati mereka. Dia
hendak mengambil tempat di sebelah Fiqrie tapi kenderaan abangnya berhenti
tepat-tepat di depan pondok bas itu. Sampai pun!
“Abang aku dah datang tu. Kau tak nak tumpang? Jalan
rumah kita pun sehala jugak.” soal Fareed.
“Tak nak la aku…” tolak Fiqrie.
“Eleh! Malu… malu kucing pulak. Kejap! Aku tanya
abang aku dulu kalau dia tak ke mana-mana… bolehlah kau tumpang balik.” Belum
sempat Fiqrie hendak membalas. Fareed sudah pun berlari lalu bertanyakan
abangnya. Dia menjerit memanggil Fiqrie.
Dengan perlahan Fiqrie mendekati kereta itu. Kalau
driver mereka tidak apa jugak. Memang Fiqrie selalu tumpang kalau kakak atau
abangnya tidak sempat ambil. Tapi Fiqrie mana kenal dengan abang Fareed yang
baru balik dari luar negara tu.
“Kakak!!” jerit Firdaus. Briefcasenya dilempar pada
sofa. Terkocoh-kocoh Firdaus melangkah masuk ke dalam rumah. Mendengar keadaan
riuh di dapur menarik perhatiannya. Sudah tentu mereka tengah minum petang
sekarang ni!
“Kakak!!” jerit Firdaus lagi.
“Apahal kau ni daus. Baru balik dah melalak macam
apa aje.” Omel Fazura.
Firdaus mengibas-gibas mukanya yang kepanasan. Panas
dan penat! “Daus dah jumpa MF!” kata
lelaki itu semangat.
“Ermm…”
Fazura menghirup nescafe tanpa sebarang riak terkejut pun.
“Alah abang lambat! Ley dah ada jugak…” ujar Fazley
“Adik dan ayah pun dah ada calon MF! Abang saja yang
lambat…” kata Fiqrie pulak.
“Tapi abang punya calon terbaik! Bos baru abang…
Koran?” balas Firdaus tidak mahu kalah.
“Abang Ley kawan baru yang datang beli bunga kedai
akak tadi, Fiqe pula Fareed punya abang! Handsome…
MF pilihan ayah pula anak kawannya. Kesemuanya calon MF kami.” Terang Fiqrie.
Firdaus yang baru saja minum air tersedak mendengar.
Mak aih! Semua sudah ada calon masing-masing! “Habis tu akak pilih yang mana?”
tanyanya.
“Satu pun tak…” Mak menjawab bagi pihak Fazura.
“Pulak! Apa kata akak cuba blind date dengan mereka. matalah tersangkut. Tak kan seorang pun
tiada kot.” Habislah kalau begini! Sambung Firdaus dalam hati.
“Tak nak!” jawab Fazura.
“Mak…” kata Firdaus, Fazley dan Fiqrie serentak.
Minta tolong kuasa beto mak!
“Alah Fazura. Kamu pergi aje la. Bukannya nak terus
pergi nikah pun.” Kata mak.
Fazura mengeluh. Wajah setiap mereka yang penuh
harapan dipandang. Ini yang lemah lutut ni. “Baiklah… tapi akak tak nak buang
masa! Minggu depan hari sabtu set! Akak akan jumpa kesemua sekali. Seminit
lambat akak reject!”
“Takkan nak date
sekali semua kot?” rungut Fiqrie.
“Buat ikut cakap akak atau langsung tak payah!” kata
Fazura muktamad. Dia berdiri lalu masuk ke dalam ruang tamu. Tengok tv lagi
best!
Mereka memandang satu sama lain. Hailah! Terpaksalah ikut jugak. Bukan
selalu Fazura terima cadangan begini.
Fazura membuka pek biskut kering Jacob. Sekeping biskut
dikeluarkan lalu dicelup dalam Nescafe 3in1 yang masih panas. Bunyi loceng
pintu kedai menarik perhatiannya. Dia yang baru sahaja dia nak bagi ucapan selamat
datang terbantut.
Tak payah bagi pun tak apa! lelaki ni lagi. Tiap-tiap
hari datang tak bosan ke apa? Fazura memang sudah dapat mengagak. Dalam empat
hari ni, setiap kali pukul 1 lelaki ni mesti terconggok dikedainya.
“Wanginya Nescafe tu…” kata Fawwaz sambil mengambil
tempat di berhadapan dengan Fazura di kaunter...
“Saya tahu awak tak nak keluar makan. Jadi hari ni
saya bawakan makanan untuk awak!” kata Fawwaz sambil menaikkan tiga bungkus
nasi.
“Ipar mana?” tanyanya.
“Fazley sibuk. Kuliah dah nak mula.” Kata Fazura. Belum
apa-apa lagi dah panggil Fazley dengan panggilan Ipar. Ini kerja adiknya itu
la. Kata Fazley kata-kata itu doa. Lebih 44 kali Fawwaz panggil macam tu
mungkin kata-katanya boleh jadi kenyataan. Ehehehe…
Fazura pun malas nak tegur lagi. Bukannya makan
saman pun!
“Awak! Awak tolong buatkan Nescafe ye…” kata Fawwaz.
Fazura memandang lelaki itu. Dia mengeluh berat… “Nah…
saya dah buat!” dia menolak segelas mug kepada lelaki itu. Sebelum kena ceramah
free dari Fawwaz tentang isu customer
always right dan customer first
baik dia sediakan awal-awal Nescafe tu… tiga hari tadah telinga pun sudah
cukup! Bukan itu saja… bab adab-adab tetamu pun masuk dalam ceramah lelaki itu.
Kalau dia ni restoran makanan lain cerita la. Ini kedai
bunga dan kedai Mak Andamnya pun adoi!
“Terima kasih! Oh! Ya… mama saya suka sangat dengan
bunga gubahan awak tu. Dia kata terima kasih.”
“Sama-sama… mak awak dah sihat?” tanya Fazura.
“Sebenarnya dah nak pulih. Dua tiga hari lagi keluar
hospital. Cuma hari tu sebenarnya hari jadi dia…” terang Fawwaz. Dia menghulurkan
satu bungkusan kepada Fazura.
“Syukur Alhamdulillah. Sampaikan ucapan happy belated birthday pada mama awak.” Ucap
Fazura.
“Bukan mama kita ke?” sakat lelaki itu dengan
sengihan lebar.
Muka Fazura yang putih itu bertukar merah. Matanya dibesarkan.
Comel!
“Hahaha… suka
tengok muka awak marah. Comel! Macam Hello
Kitty!” puji Fawwaz.
“Sudahlah! Makan nasi tu…” arah Fazura.
Mereka menadah tangan membaca doa makan. Kemudian masing-masing
menjamu selera sambil bercerita tentang cerita masing-masing.
Fazura merenung jauh jus oren yang terletak elok di
atas meja. Teringkat kata-kata Fawwaz semalam.
“Awak! Saya tak dapat nak datang esok. Fazley ada
kata dekat saya pasal blind date tu.
Tapi esok ada clash dengan blind date yang dibuat oleh parents saya. Waktunya sama, jadi saya
terpaksa pilih antara satu. Maafkan saya…” kata lelaki itu.
Fazura menutup matanya seketika. ‘Kenapa dengan kau
ni? Kau baru kenal lelaki tu seminggu lebih aje. Jangan pasang hati dengan
lelaki macam tu!’ kata suara hatinya.
‘Tapi…’ satu suara lagi hendak mengeluarkan kata-kata
keramat itu. Tapi seolah berat untuk dikeluarkan. Ya! Fawwaz berjaya memiliki
hatinya. Tapi mungkin pertemuan jodoh lelaki itu pada hari ini akan menjadi
jodohnya. Siapa tahu! lagipu itu pertemuan jodoh yang diaturkan oleh ibu
bapanya. Restu ibu bapa itu satu doa!
Fazura segera mengelengkan kepalanya. Menghilangkan
semua anasir-anasir dalam kepalanya. “Mohammad Fawwaz! Tolonglah datang… Kalau awak
datang. Awaklah MF pilihan saya!” keluhnya lantas mengaku perasaannya sendiri.
Dia mengeluh lagi. Jam tangannya dikerling. 5 minit
lagi lambat siaplah pilihan yang lain ni. Semua kena reject! Fazura paling benci menunggu orang. Air digelas dihirup…
“Assalamualaikum…” Satu suara yang memberi salam
menarik perhatian Fazura. Dia memalingkan kepala ke belakang.
“Waalaikumsalam.” Fazura memalingkan semula
kepalanya menghadap meja. “Kata tak nak datang…” ujarnya perlahan. Mata Fazura
menyorot pada Fawwaz yang melangkah duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan
Fazura.
“Saya kan dah cakap nak datang blind date yang oleh parents
saya.” Kata lelaki itu tenang.
“Habis tu awak buat apa dekat sini?” soal Fazura
sarkastik. Lelaki ni suka sangat bagi harapan dengan orang!
“Saya tengah attend
la ni….” Katanya dengan seyuman manis. Fawwaz! Awak jangan senyum macam tu. Nanti
saya terus pilih awak serta merta.
Dahi Fazura berkerut. Tidak faham! “Maksud awak?”
Fawaaz senyum lagi. Dia mengeluarkan beberapa keping
gambar dan resume dari sampul surat coklat yang dibawa. Satu persatu resume dan
gambar ditunjukkan kepada gadis itu…
“Saya datang ni calonMF dari adik saya, Fareed iaitu
calon dari Fiqrie. Calon MF dari Firdaus. Saya punya accountant. dan juga calon
MF dari Fazley. Tapi saya datang sebagai calon MF mama dan papa saya merangkap
calon MF ayah awak.…”
Fazura tersenyum sinis. “Awak jangan buat lawak
boleh tak? Tak kan awak ialah kesemua calon MF tu.”
“Terpulang awak nak cakap apa… saya pun terkejut
bila terpandang semua gambar sama. Nampak sangat jodoh kita kan? Hehehe…”
“Perasan!” balas Fazura.
“Lagipun saya tahu… saya calon pilihan MF awak tu…”
kata Fawwaz lagi.
“Siapa cakap! Saya tak lepas nak bagi penilaian pun.”
“Awak yang cakap tadikan… nak saya ulang semula
kata-kata awak tadi tu ke? Hehehe…
saya dengar dengan jelas setiap kata-kata awak tadi tau.”
“Awak…!!” tekan Fazura… matanya dibesarkan. Muka Fazura
sudah bertukar warna lagi. Entah merah sebab malu kantoi mengaku tadi tu atau
merah sebab marahkan Fawwaz.
Fawwaz terketawa senang hati. “Hahahaha… comel la awak gelak macam tu.” gelaknya. Suka betul
tengok muka comel Fazura ketika marah. Syukur Alhamdulillah! Setelah mendengar
pengakuan Fazura tadi. Fawwaz kini yakin dia bukan bertepuk sebelah tangan.
“Kalau awak lewat 5 minit lagi. Saya reject tau!” rajuk Fazura.
“Saya dah lama ada dekat sini tau. awak saja tak
perasan. Hahaha…”
Fazura hanya mencebik.
Sebutir cincin dikeluarkan dari kotak. Fawwaz
mencapai tangan Fazura. “Saya tahu awak cintakan saya. Dan saya mengaku saya
sayang dan cintakan awak. Terima kasih kerana pilih saya…” katanya sambil
menyarung cincin itu ke jari Fazura.
“Sama-sama… saya cintakan awak Fawwaz…”
Setelah sebulan bertunang. Akhirnya Fazura kini sah
menjadi isteri kepada MF pilihannya. Pada budak MF tiga orang tu… seorang pun
tiada yang menang dan tiada yang kalah. Sebab calon ketiga-tiganya ialah orang
yang sama! Tapi itu tidak pentinglah…. Yang pentingnya kakak mereka telah
selamat dinikahkan dengan calon MF pilihannya…
#update minggu ni... minggu ni blog saya kemaskan blog... n sampai hari khamis ni memang tak update. sebab saya busy sangat. kalau saya dapat pun maybe hari jumaat, sabtu n ahad ni.
isnin depan pun x sebab isnin depan kena balik sarawak dah... em... kuliah start isnin depan tapi isnin hari tu baru saya balik..hehehe... (*** jangan tiru aksi ini, tidak baik untuk kesihatan... hahaha...)
Mohd. Firdaus, Fazley n Fiqrie tu memang nama adik2 kandung saya... ketiga MF dengan ragam masing-maing... hehehe... selamat membaca... ^^ cerpen semata-mata saja tau! hahaha...


